Yuna Dipaksa Melakukan Sesuatu Yang Mengejutkan,Jika Ingin Terus Jadi Penyanyi Di Peringkat Antarabangsa

MESKIPUN berjaya menempa nama ke persada antarabangsa, tiada siapa pernah menduga keperitan yang pernah dilalui bintang kelahiran Malaysia Yunalis Zarai atau mesra disapa Yuna.

Berkongsi kisah kepada Newsweek, Yuna mendedahkan dia pernah diminta menanggalkan tudungnya ketika awal penglibatan di dalam bidang nyanyian di luar negara.


Namun, berikutan nekad dengan pendiriannya sebagai gadis berhijab, Yuna memilih untuk tidak berbuat demikian.


“Ketika di awal karier saya, ketua syarikat rakaman pernah memberitahu saya – kamu mungkin perlu menanggalkan tudung – tapi tudung ialah identiti saya. Saya telah diminta untuk tanggalkan apa yang merupakan sebahagian dari hidup saya supaya boleh melakukan apa yang saya suka.


“Dan pada waktu itu, saya fikir saya perlu melakukan pengorbanan ini. Perlahan-lahan, saya belajar untuk mengatakan – tidak, inilah diri saya. Ini identiti saya dan saya mahu meneruskannya,” jelas Yuna.


Dalam perkembangan terbaru, Yuna akan membuat persembahan di WOW – Women of the World Festival di Harlem, New York pada 11 sehingga 14 Jun.


Tahniah diucapkan kepada Yuna kerana berjaya mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita muslimah sekaligus menolak anasir-anasir jahat yang cuba mengubah dirinya.Semoga terus berjaya dalam dunia seni yang diceburi. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Yuna Dipaksa Melakukan Sesuatu Yang Mengejutkan,Jika Ingin Terus Jadi Penyanyi Di Peringkat Antarabangsa"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info