Video : Solat Terawih Paling Ekspress

Sebuah video dimuatnaik di YouTube menunjukkan solat Tarawih 23 rakaat dikerjakan dengan begitu pantas di sebuah sekolah agama di Indonesia. -Gambar: YouTube/Bapak Suprapto

Ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan pastinya memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadan.

Selepas solat Isyak, ada masjid yang mengerjakan solat Tarawih 8 rakaat dan ada yang mengerjakan 20 rakaat.

Namun, sebuah video dari Indonesia yang dimuat naik di YouTube kian mendapat perhatian.

Menerusi video bertajuk “Heboh Shalat Tarawih Tercepat di Pesantren Mambaul Hikam Mantenan, Udanawu, Blitar”, ia menunjukkan solat Tarawih yang dikerjakan dengan begitu pantas di sebuah sekolah agama di Udanawi, Blitar, Indonesia.

Solat Tarawih sebanyak 23 rakaat (termasuk solat Witir) dikerjakan dalam masa 10 minit sahaja.

Berikut adalah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube:






Video berkenaan dimuat naik pada 24 Jun dan kini menerima 28,108 views dan menerima 31 ‘Likes’ dan 171 ‘dislikes’.

Ia menerima pelbagai komen, termasuk mereka yang anggap ia sebagai lucu.

Ada juga berharap agar solat Tarawih dapat dilaksanakan dengan khusyuk

“Solat Tarawih dilaksanakan sekali dalam setahun, itupun harus dilaksanakan setelah solat Isyak. Ia seharusnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Lebih baik ambil yang lapan rakaat tetapi khusyuk,” kongsi Allan Rudy.

Syamsul Hudawai berpendapat bahawa sekolah agama sepatutnya memberikan contoh yang baik.

“Sebaliknya mereka lakukan yang pelik. Yang sebegini dapat merosak aqidah Islam,” kongsi beliau.

“Bacaan solat bagaimana? Ia seperti gerak-gerak sahaja,” kongsi Almaz Xarim.

Tambah Nabyla Babjened: “Ingatkan tengah berlumba!”terbakor.com


Host@BenciGST.blogspot.com
0 Komentar untuk "Video : Solat Terawih Paling Ekspress"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info