Rupanya Ahmad Maslan Seorang Pendekar

SIAPA sangka di sebalik susuk tubuhnya yang kecil, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebenarnya hebat dalam dunia persilatan.

Menerusi status ucapan takziah kepada tokoh Pendekar Negara, Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju yang dimuat naik di laman Twitter, Ahli Parlimen Pontian itu sempat memberikan info yang tak ramai orang tahu bahawa beliau adalah Penasihat Majlis Pendekar Malaysia.

http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/06/maslan1.png


“Negara kehilangan Mahaguru Tokoh Persilatan TanSri Omardin. Allahyarham lantik saya sbg Penasihat Majlis Pendekar Msia,” tulis beliau.

Status yang dimuat naik itu turut mendapat reaksi daripada pengikut Ahmad di Twitter.

“Darah pahlawan jgk rupenya enko yer @ahmadmaslan,” ujar @AdzirulAzith

Dalam pautan Twit yang dimuat naik sebelum itu, Ahmad turut berkongsi gambar yang mengimbau saat-saat manisnya bersama Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang menghembuskan nafasnya pada pagi Sabtu lalu.

– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Rupanya Ahmad Maslan Seorang Pendekar"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info