Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

Semalam, Putri Mardiana dan pasangannya Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis kediaman pada 14 Disember tahun lalu. 

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin ketika ia disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Shaiful Azli kemudian memerintahkan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang dan kes berkenaan akan disebut semula pada 25 Ogos depan selain diminta untuk melantik peguam bela bagi mewakili mereka dalam kes berkenaan.

Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali
0 Komentar untuk "Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat "

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info