Polis Sekarang Memang Macam Anjing - Mercury Red

PETALING JAYA: Seorang pemilik Facebook mendakwa tindakan anggota polis menyaman pemandu lori tangki yang berhenti dengan sengaja di tepi sebuah lebuh raya kerana kerajaan sudah tidak mempunyai wang.

Dalam statusnya, Jiunn Chern Low turut mengaitkannya dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Dalam video yang dimuat naik dan kemudian dikongsi di laman Facebook ia merakamkan aksi seorang pemandu sebuah lori tangki menggunakan alasan menjawab panggilan telefon daripada isteri untuk mengelak diri daripada disaman.


马来年要到了,政府没钱了.
Posted by Jiunn Chern Low on Wednesday, June 24, 2015

Dia mempertahankan tindakannya memberhentikan kenderaannya di tepi sebuah lebuh raya yang sibuk sebagai tidak bersalah.

“Saya punya bini telefon sekejap, saya berhenti di tepi jalan haah, you mari terus minta sama saya i.c haah, lesen saya tengah cakap cerita, telefon tepi jalan.

“Lu cakap apa? Pergi mahkamah, you Bukit Aman mari, you panggil uncle angkat sendiri gambar tau,” antara leteran pemandu berkenaan kepada pegawai polis bertugas.

Dalam rakaman visual yang berdurasi 1minit 21 saat, pemandu berkenaan tidak berhenti mengomel dan merayu supaya tidak dikenakan saman atas kesalahan yang dilakukan.

“Tepi jalan ini sekejap berhenti you mahu saman ka?

Bagaimanapun dalam rakaman yang dimuat naik, ia berakhir dengan baik apabila anggota berkenaan menyerahkan saman dan meminta pemandu itu membuat rayuan meskipun dipenghujung dialog kedengaran bunyi “celaak”

Susulan status yang dimuatnaik Chern Low, ia mengundang komen negatif yang mempersoak tindakan anggota polis berkenaan.




“ Polis skrg memang mcm anjing..budi bicara sudah tiada… aku pun pernah kena masa berhenti lepas tol perling…dia dtg terus saman pasal jawab panggilan talipon,” komen Mercury Red.
0 Komentar untuk "Polis Sekarang Memang Macam Anjing - Mercury Red"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info