Pelakon Lelaki Kahwin KetikaTeman Wanita Hamil Anak Luar Nikah 8 Bulan?

Terkejut beruk SS apabila diberitahu aktor lelaki yang baru berkahwin sebulan lalu ini sudah bergelar bapa. Mengucap panjang SS dibuatnya. Patutlah selama dia senyap, rupa-rupanya dia menyembunyikan sesuatu.

Sumber SS yang juga kawan kepada aktor terbabit mulanya tidak tahu hal berkenaan. Sehinggalah pada satu hari, dia membawa teman wanitanya lepak bersama. Sumber SS itu terkejut kerana kekasihnya berpenampilan Muslimah dengan mengenakan jubah dan berhijab.

Beberapa minggu selepas berkahwin, aktor itu memberitahu yang dia sudah bergelar bapa. Sumber SS mulanya menganggap aktor itu sekadar berpura-pura, tetapi apabila ditunjukkan wajah anak bersama isterinya, barulah sumber SS percaya.

Kata sumber SS lagi, patutlah selama ini kekasihnya itu tiba-tiba berjubah, kisahnya mahu menyembunyikan perut yang sedang memboyot.

Apa yang SS pelik, kenapa selepas kandungan berusia sembilan bulan baru nak berkahwin? Kenapa ketika mula-mula terlanjur atau baru dapat tahu dirinya hamil mereka tidak terus bernikah?

Tolak tepi persepsi masyarakat, tapi di mana nak letak air muka ibu bapa mereka apabila mendapat tahu hal berkenaan. Wajar jika majlis perkahwinan yang berlangsung membabitkan keluarga terdekat sahaja.

SS: Lambat laun orang akan tahu juga
0 Komentar untuk "Pelakon Lelaki Kahwin KetikaTeman Wanita Hamil Anak Luar Nikah 8 Bulan? "

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info