Pakai Baju Ketat Dan Jarang Pergi Bazar Hingga Nampak...

Yang pergi bazar beli juadah berbuka puasa mesti tahu macam mana suasana kat bazar tu. Kesian kat lelaki yang berpuasa, dari pagi hingga petang berpuasa..sampai je bazar ramadhan 'kurus' pahala puasa.

Macam-macam jenis 'nasi lemak 50 sen' dan aset lain, dari atas sampai bawah ditayangkan tanpa segan silu supaya menjadi tontonan umum . Maaf la ye kalau ada yang terasa. Tapi itulah hakikatnya. Pergi bazar nak beli makanan, pahala puasa pulak lesap.



http://2.bp.blogspot.com/-v7VfNhsWxLg/VYdvejGh5fI/AAAAAAAALkM/07LUS94iomA/s1600/perempuan%2Bpakai%2Bbaju%2Bketat%2Btayang%2Baset.jpg


LELAKI KENA TUNDUK MASA JALAN?

Maksud status kat atas tu..wanita sepatutnya memakai pakaian yang sopan dan longgar. Seelok-eloknya pakailah baju kurung masa nak pergi bazar. Kalau tak pakai baju kurung pun, pakailah baju yang tak menampakkan bentuk tubuh tu. Atau cover sikit la 'bumper depan' tu dengan jaket atau cardingan.

Ada yang kata, lelaki yang kena jaga mata, tunduk dan jangan pandang. Kalau tunduk macam mana nak tengok jalan di hadapan tu? Takkan nak jalan dongak ke langit pulak.

Di suruh kita jangan pandang, sedangkan masa nak membeli juadah tu, kalau tak pandang macam mana nak tengok gerai-gerai yang jual juadah berbuka tu. Kadang-kadang tu mak cik yang menjual tu pun pakai baju ketat sampai tersembul yang tak sepatutnya nampak. Apatah lagi orang yang kiri kanan depan tu.

Nampak gayanya pak guard yang jaga bazar ramadhan tu kena buat sesuatu ni. Apa kata, sediakan kain batik banyak-banyak, mana-mana yang datang pakai baju ketat, pakai legging, datang nak tunjuk 'nasi lemaknya', serkup je dengan kain batik.

Entri ini bukan untuk mengumpat, tapi untuk menegur saudara sesama islam sebab kena ingat, mati nanti kubur lain lain. Sekian tazkirah untuk hari ni.


sumbernicknashram.blogspot.com
0 Komentar untuk "Pakai Baju Ketat Dan Jarang Pergi Bazar Hingga Nampak..."

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info