Najib Mengaku Guna Wang KWSP Melabur Dalam 1MDB

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendedahan KWSP terhadap Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah RM25.29 bilion yang berjaminan pajakan sewa oleh kerajaan Persekutuan. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam syarikat pelaburan strategik, 1MDB terhad kepada RM200 juta sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendedahan KWSP terhadap Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah RM25.29 bilion yang berjaminan pajakan sewa oleh kerajaan Persekutuan.

“Pendedahan pembiayaan KWSP kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dalam bentuk pinjaman berkadar tetap dan langganan bon di mana sebahagiannya bersandarkan kepada jaminan kerajaan, cagaran aset dan jaminan bank,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab pertanyaan ahli Parlimen PAS-Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang meminta kementerian menyatakan senarai penggunaan dana KWSP bagi pembiayaan GLC dan jumlah yang telah digunakan.

Menurut Najib, jumlah pendedahan portfolio pembiayaan KWSP kepada GLC setakat 31 Mac 2015 adalah sebanyak RM79.99 bilion.

Bagi memastikan pelaburan KWSP melindungi dan menambah nilai simpanan ahli serta memastikan pulangan yang stabil dan konsisten untuk jangka panjang, beberapa langkah strategik telah diambil.

“50 peratus daripada saiz pelaburan KWSP adalah dilaburkan di dalam Instrumen Berpendapatan Tetap yang turut merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf serta Pinjaman dan Bon bagi kedua-dua mandat domestik dan global.

“Oleh yang demikian, pulangan KWSP secara semula jadinya adalah dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah dan inflasi,” katanya.

Tambah Najib, KWSP akan terus melabur dan mempelbagaikan pelaburan dalam kelas aset Ekuiti dan Inflasi dalam usaha menjana pulangan pelaburan yang optimum pada kadar risiko yang berpatutan ekoran daripada kadar inflasi yang semakin meningkat.


sumber:http://bm.therakyatpost.com
1 Komentar untuk "Najib Mengaku Guna Wang KWSP Melabur Dalam 1MDB"

Tak layak digelar pemimpin apabila lebih mengutamakan hal peribadi dgn mgunakan hasil titil peluh rakyat.. akhirat nt mne nak lari? Skg lari la puas2 ye kt dunia ni..mls nk bce

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info