Kerana "Kepahlawanan" Najib Memimpin Negara, Ekonomi Malaysia Semakin Parah!!

Ringgit Malaysia jatuh kepada paras bahaya.

Tukaran nilai matawang negara pada hari ini adalah,

RM 3.72 / 1 US Dollar.

Ini lebih membimbangkan selepas amaun terburuk dicatatkan pada bulan lepas iaitu pada kadar 3.68 / 1 USD. Dijangka sebelum tahun ini berakhir, kadar tukaran matawang asing mungkin mencecah RM 4 / 1 USD atau lebih.

Lebih parah lagi apabila hutang negara yang tercatat setakat hari ini adalah....

Ringgit Malaysia 598,276,910,739

bersamaan

US Dollar $159,147,944,600.39

Angka ini amat membimbangkan kita. Mungkin sebagai seorang rakyat biasa yang tidak terkait dengan bisnes atau masih bertaraf pelajar, kita tidak merasakan sangat kesan dan bebannya. Namun, sebagai seorang yang berkerjaya, mempunyai syarikat sendiri, angka ini terlalu membimbangkan.

Amaun yang besar ini memerlukan lebih banyak cagaran awam seperti pinjaman ASB, pinjaman rumah, pinjaman kereta dan seumpamanya. Namun, di pihak bank swasta pula, mereka tidak berani untuk mengeluarkan lebih banyak hutang kepada rakyat bimbang hutang itu tidak berbayar lantas meningkatkan lagi bunga hutang bank dan hutang negara.

Apa yang boleh mereka lakukan, adalah dengan mengeluarkan lebih banyak hutang-hutang ASB. Mengapa ASB? Salah satu sebabnya kerana ini adalah antara hutang yang paling mudah lulus kerana bersifat simpanan dan hanya mensasarkan bumiputera.

Dikala harga property makin mencanak naik, ramai yang mengharapkan akan terjadinya bubble dalam property / housing / real estate. Akan tetapi, lihatlah kembali jumlah nilai hutang negara dan kadar tukaran matawang asing Malaysia yang semakin merosot.

Adakah dengan angka dan amaun yang terpapar itu akan mengakibatkan berlakunya bubble economic dalam negara ?

Saya jawab TIDAK. Yang pasti, di saat ini, ramai investor luar akan mula memasuki Malaysia bagi mengaut keuntungan pantas dan masa yang ada. Saya jamin, di luar sana sedang ramai yang menanti dan melihat Malaysia. Negara kita juga sedang menjadi sasaran seterusnya perang ekonomi dan idealogi.

Mengapa hal ini bakal berlaku? Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah ibarat negara kita. Sudah hampir musnah, datang orang berpura-pura menghulurkan bantuan sebenarnya mempunyai muslihat untuk kepentingan sendiri.

Maka, nasihat saya berhati-hatilah. Bijaklah dalam memilih pelan ekonomi dan kewangan anda. Mulakan bisnes sendiri sebagai perkara utama untuk dijadikan back-up plan jika berlaku sesuatu terhadap ekonomi keluarga anda. Jangan berharapkan hanya satu sumber pendapatan, lebih-lebih lagi yang memakan gaji.

Negara ini adalah negara yang kita sayangi dan cintai. Tetapi cinta kita terhadap negara ini telah dicemari oleh orang-orang yang mengaku suci tetapi telah mencabuli serta merogol segala hak asasi sebuah negara merdeka. Lebih tepat lagi saya katakan, orang-orang itu adalah pemimpin yang sedang menerobos wang ringgit dan ekonomi negara sesuka hati mereka serta pemimpim-pemimpin lain yang ada dalam kabinet.

Walaupun tidak semua yang berbuat buruk, tetapi apabila orang yang baik itu mendiamkan kejahatan yang berlaku, maka tunggulah kehancuran akan tiba.

Mahukah kita menghancurkan negara sendiri ?

Mungkin jawapan kita adalah tidak...

Tetapi bagi mereka.... segalanya pasti, asalkan 'aku' selamat.

Sekian.

artikel asal :
Muhammad Mamzah
0 Komentar untuk "Kerana "Kepahlawanan" Najib Memimpin Negara, Ekonomi Malaysia Semakin Parah!!"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info