Kenaikan Harga Minyak Berikut Komen Pedas Yang Perlu Najib, Ahmad Maslan Dan Hassan Malek Perlu Baca

Genap 1 Jun 2015 kita digemparkan lagi dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.10 perkhabaran itu dibuat pada malam  31.5.2015 dengan erti kata lain pengumuman kenaikan minyak serta merta.

Inilah hadiah daripada kerajaan BN yang mentadbir negara kepada rakyat Malaysia selain kenaikan minyak tarikh keramat 1 April 2015 membuatkan ramai orang menjadi lebih susah dan lebih sengsara kerana pada tarikh tersebut merupakan pelaksanaan cukai GST.

Alasan GST wajib dilaksanakan bertujuan menstabilkan ekonomi negara sekali gus menteri-menteri berkaitan mendakwa GST baik untuk rakyat.

Susulan itu semakin hari rakyat mula muak dan mengecam tindakan Najib hingga membuat Najib mengeluar kenyataan 


Bila dapat BR1M seronok bila dikenakan cukai GST nak marah

kenyataan itu membuatkan orang ramai lebih berang dengan mengatakan adakah semua orang dapat BR1M ? 

bukan itu sahaja malahan juga ada yang mendakwa jangan jadi bodoh BR1M yang dapat tak mampu cover kos GST. BR1m Bukan hari-hari tapi GST hari-hari

Ada juga yang berpendapat mansuhkan BR1M dan Mansuhkan GST kerana ianya menyusahkan rakyat

Rakyat dapat menilai semasa pentadbiran Najib Negara semakin Bermasalah Hutang Negara semakin Meningkat. banyak Skandal yang tak dijawab dan yang paling ketara kenaikan harga minyak yang semakin kerap

Minyak merupakan perkara penting jika minyak dinaikkan segala barang keperluan pasti akan turut naik itu tidak termasuk lagi GST.

memetik daripada page Amran Fans penulis terlihat satu komen yang sangat menarik mungkin menyebabkan menteri dan penyokong-penyokong UMNO dan BN sedar apa yang cuba disampaikan oleh lelaki ini baca printscreen di bawah 


  Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.Tapi...Kita bising sebab janji tak serupa bikin.Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.Memang kita berduit.Memang kita berharta.Namun,jauh di pelusuk sana,ada yang menghitung syiling.Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.Mereka tak ada slip gaji.Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?Hanya 10 sen?Itu pun nak bising?Kerja lah lebih kuat lagi?Beribadatlah lebih lagi?Untuk dimurahkan rezeki?Ya...Sembang kalian sembang mereka yang berharta.Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.Motor buruk hanya tunggu masa.Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.Ya...Mereka tak berharta.Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?Kalau itu sistem kehidupan.Aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan...



1 Komentar untuk "Kenaikan Harga Minyak Berikut Komen Pedas Yang Perlu Najib, Ahmad Maslan Dan Hassan Malek Perlu Baca"

Seperti biasa melayu akan mudah lupa......tak caya? Tgu pru akan datang......

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info