Kalau Tol Tak Naik.. Rugilah Kerajaan

Sejak agenda kenaikan tol dibocorkan .. hingga ke hari ini, Kerajaan Pusat masih meneliti kemungkinan menaikkan kadar tol di 16 lebuh raya di Semenanjung.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kontrak mengenai kadar tol yang membabitkan 16 lebuh raya itu telah tamat tempoh pada 1 Januari dan terpaksa menangguhkan kenaikan tol buat sementara waktu selepas kes kebocoran maklumat beberapa minggu yang lalu.

Menurutnya, jika kadar tol tidak dinaikkan, kerajaan dijangka rugi ... kerana perlu membayar pampasan sebanyak RM580 juta kepada syarikat konsesi tol yang terlibat.

Bagaimanapun, kerajaan perlu membuat pelbagai pertimbangan dalam menentukan keputusan itu termasuklah kemampuan kewangan kerajaan untuk membayar jumlah pampasan tersebut.

"Kerajaan mungkin mampu membayar pampasan, tetapi ini akan membelanjakan dana pembangunan kerajaan. Keadaan ini bermakna projek pembangunan lain termasuk pembinaan jalan raya di Kelantan, Sabah dan Sarawak mungkin menjadi mangsanya," katanya.

Kerajaan akan sentiasa berkeras untuk menaikkan kadar bayaran tol di 16 lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia. Keputusan itu juga perlu diambil kira sama ada akan menjejaskan keyakinan pelabur domestik dan pelabur asing. RAKYAT perlu bayar kadar tol ini sekiranya mahu terus menggunakan lebuh raya ..infokini.my/


host:BenciGSt..blogspot.com
0 Komentar untuk "Kalau Tol Tak Naik.. Rugilah Kerajaan"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info