Hukum Bersetubuh Siang Hari Dalam Bulan Ramadhan

Hukum bersetubuh dalam bulan Ramadhan di siang hari hukumnya haram dan berdosa besar. Dengar penjelasan dari UAI.

Erti Kifarah Puasa;

Kifarah puasa ialah denda yang hanya dikenakan kepada lelaki atau suami kerana merosakkan puasanya dengan melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan. Di samping itu pasangan tersebut atau kedua2 suami isteri yang berjimak (bersetubuh) pada siang hari dalam bulan Ramadhan, masing-masing wajib mengqadakan puasa sebanyak hari yang terbatal.

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala:

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.


Allah mengetahui bahasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

“Kemudian sempurnakan puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 187).

[1]. Tiga jenis Kifarah

Kifarah puasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
a. Memerdekakan seorang hamba, atau jika tidak hamba;
b. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya;
c. Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.

Kifarah berbeza dengan fidyah di mana seorang fakir miskin tidak boleh menerima lebih daripada secupak makanan yang dibayar kerana kifarah.

[2]. Permasalahan Jimak Dan Kifarah
Antara permasalahan berkaitan mendatangi isteri (jimak) adalah;

Jika berlaku jimak itu dua hari atau lebih pada Ramadhan, ulama sepakat bahawa kifarah juga ialah dua kali kifarah atau lebih.

Bagi yang melakukan jimak beberapa kali dalam satu hari atau pada hari yang sama, dia hanya dikenakan satu kifarah.

Jika berlaku jimak dalam keadaan musafir yang diharuskan, puasa terbatal dan tidak wajib kaffarah dengan jimak itu.

Begitu juga, jika dia menyangka matahari sudah terbenam lalu melakukan jimak sedangkan hari masih siang (belum masuk matahari), hukumnya tiada kifarah kerana dia tidak bermaksud untuk melakukan yang dilarang.

Jika dia syak pada siang hari, sama ada sudah berniat puasa pada malam hari atau sebaliknya, kemudian berlaku jimak dalam keadaan syak itu, lalu dia teringat bahawa dia sudah berniat, maka batal puasanya tetapi tidak wajib kifarah.

Tidak wajib kifarah jika jimak itu berlaku selepas terbatal puasa oleh perkara lain seperti makan, minum dan sebagainya.

Kifarah tidak dikenakan kepada lelaki yang berjimak di waktu siang, sekiranya dia membatalkan puasanya terlebih dahulu.

Membatalkan puasa dengan jimak atau persetubuhan yang berlaku pada siang hari Ramadhan adalah haram. Tetapi tidak wajib kifarah jika berlaku jimak pada bulan lain selain Ramadhan seperti ketika melakukan puasa sunat, nazar, qada atau puasa kifarah.


credit:http://kongsion9.blogspot.com

Host: BenciGST.blogspot.com
0 Komentar untuk " Hukum Bersetubuh Siang Hari Dalam Bulan Ramadhan"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info