Buat Pancake Dan Waffle Dengan Darah Haid : Itu Akaun Palsu Bukan Saya

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bernama, Kai Darul hari ini menafikan kewujudan akaun Instagram bernama FreeBleed yang mempromosikan penggunaan darah haid dalam masakan harian.

Hari ini, Kai Darul mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitter @KaiDarul yang menyatakan bahawa akaun Instagram FreeBleed yang menampilkan fotonya merupakan satu akaun palsu yang diwujudkan oleh individu yang tidak dikenali.

Pada mulanya, akaun itu dilapor memuat naik gambar wanita tersebut dengan mesej tersendiri mengenai feminisme, seolah-olah akaun itu dimiliki oleh Kai Darul.

Kemudian akaun tersebut berkongsi gambar makanan seperti ‘pan cake’ dan ‘waffle’ bersama ramuan yang kononnya diperbuat daripada darah haid untuk menarik perhatian netizen.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah mengundang reaksi negatif daripada pengamal media sosial.Menurut FreeBleed, akaun ini dibuka untuk membawa perubahan dalam dunia feminisme.

Terbaru, Kai Darul memohon bantuan para netizen untuk melaporkan mengenai akaun palsu tersebut kepada pihak penyelenggara Instagram dan Facebook.
0 Komentar untuk "Buat Pancake Dan Waffle Dengan Darah Haid : Itu Akaun Palsu Bukan Saya"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info