Bersepah Melayu Anjing Neraka Kena Blocked - Azwan Ali

HANGAT, hangat jadinya apabila selebriti Azwan Ali terus bersikap biadap dengan memuat naik video menghina sebuah kafe yang menaja steak percuma kepada wanita yang dimakinya sebelum ini.

Menerusi rakaman video, adik kepada Menteri Besar Selangor, itu mengutuk kafe berkenan, Me’nate Steak Hub, sebagai tempat makan yang tiada class dan murah.

Dengan nada angkuh, Azwan berpesan supaya tidak berbuka puasa di kafe berkenaan kerana murah berbanding di Hotel Mandarin atau hotel enam bintang yang lain.

“Helo uols, ingat pesanan truly diva AA, jangan berbuka di kedai binatang, berbuka lah di Mandarin Oriental ke, hotel 6 bintang ke, tak main berbuka di kedai murah ni, mintak kebulur, minta despedo, ho ho, eeee malunya,” katanya.






Rentetan sehingga tercetusnya hastag #menate di Twitter ini bermula apabila Diva AA menanyakan tempat yang menyediakan menu steak yang sedap untuk berbuka puasa.

Seorang pengikutnya, Nur Azira Wazi Azman membalas tweet itu dengan menjawab Me’nate.

Azwan mengamuk dan memaki wanita berkenaan dengan pelbagai gelaran memalukan kerana menyangka Me’nate itu bermaksud ‘binatang’ dalam dialek Kelantan.

Kontroversi itu diketahui pemilik Me’nate dan mempelawa wanita berkenaan dan keluarganya berbuka puasa secara percuma.

Setelah Diva AA mengetahui hal tersebut, terus dilemparkan Twit yang berunsur cacian kepada pemilik restoran berkenan.

http://i2.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/06/DIVA-AAAAAAAAAAAA.jpg

Pemilik restoran Me’nate, Che Mustaffa Othman yang merupakan bekas tukang masak di Istana Buckingham dan berkhidmat untuk mendiang Puteri Diana dan Queen Elizabeth mengharapkan agar Diva AA berubah dan seakan memaafkannya.

“Takapalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita.

“Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau untuk jadi insan yang lebih hebat”,” kata Che Mustaffa seperti dilaporkan sebuah portal.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq
0 Komentar untuk "Bersepah Melayu Anjing Neraka Kena Blocked - Azwan Ali "

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info