Amoi Masuk Masjid Memakai Baju Kurung Mendapat Pujian

Walaupun berlainan pegangan agama, namun ketika menjejakkan diri masuk ke rumah ibadah, apa yang paling utama adalah menghormati kepercayaan individu lain.

Tindakan beberapa orang gadis bukan Islam yang menghadiri sebuah majlis di Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya, semalam mencuri perhatian ramai kerana mengenakan pakaian yang sopan.

Melalui sekeping gambar, gadis-gadis tersebut dilihat menghormati kawasan masjid apabila memakai baju kurung dan selendang.

Walaupun tidak menutupi aurat sepenuhnya, namun tindakan yang dilakukan kesemua mereka mendapat pujian ramai warga Internet.

Malah, ada pengguna yang mengusik gadis-gadis tersebut dengan memuji kecantikan mereka kerana menyarungkan baju kurung.

Tulis akaun Facebook Muhamad Harris Nasril, “Amoi pakai baju kurung sgt comel.”

Selain itu, seorang pengguna lain, Alex Chang berkata, “Senyuman ikhlas terpapar si comel semua… Selesa memandang, saling hormat-menghormati sesama kita…”

Gadis-gadis tersebut hadir ke masjid berkenaan bersama-sama ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan sempena bulan Ramadan.

Tindakan ini sebenarnya merupakan satu refleksi kepada perpaduan di Malaysia yang masih kuat dan rata-rata anggota masyarakat hidup saling hormat-menghormati.

Tahniah buat amoi-amoi berkenaan! – MYNEWSHUB.CC


host:benciGST.blogspot.com
0 Komentar untuk "Amoi Masuk Masjid Memakai Baju Kurung Mendapat Pujian"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info