Warga Bangladesh Dan Myanmar Dah Jadi Pembunuh Di Malaysia

Dungun: Tidak tahan dengan caci maki daripada ketua mereka mendorong dua warga Bangladesh serta seorang warga Myanmar menekup mulutnya hingga mati dalam kejadian berhampiran tapak pembinaan perumahan Rimbunan e-Kasih di Rantau Abang, semalam.

Suspek berkenaan turut mengikat kaki dan tangan lelaki itu serta membuangnya ke dalam gaung berhampiran tapak pembinaan terbabit.

Bagaimanapun, mayat mangsa dikenali sebagai Chanmia, 50, yang juga warga Bangladesh ditemui terikat di sebatang pokok di lereng bukit oleh seorang pengawal keselamatan ketika melakukan rondaan di kawasan itu pada jam 2 pagi.

Menurut sumber, pada jam 5 petang, kelmarin, mangsa dikatakan pergi ke lokasi ketiga-tiga suspek memancing ikan tidak jauh dari tapak pembinaan berkenaan sebelum memarahi mereka berkaitan masalah peribadi hingga berlaku perbalahan mulut.

Katanya, bagaimanapun pada jam 11 malam ketika berada di rumah kongsi di tepi tapak projek berkenaan, sekali lagi berlaku perbalahan antara mereka sebelum ketiga-tiga suspek mengikat mulut, kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa hingga menyebabkannya tidak dapat bernafas.
0 Komentar untuk "Warga Bangladesh Dan Myanmar Dah Jadi Pembunuh Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info