Siapa Sangka Pelakon Kung Fu ini Merupakan Ilmuan Dan Ulamak Di Negara China Yang Terkenal

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem "Once Upon A Time in China".

Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang ulama, ahli perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.Namun Kerajaan China sering berusaha mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang baik. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan loghat Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.

Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kantonis untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.


Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional China (wushu / kungfu).

Ayahnya mempunyai sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibu negara Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tahap tinggi.

Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenali sebagai salah satu daripada Sepuluh Macan Kwantung.


Kedudukan Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Gabungan antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjangi oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu.


Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.

Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh.

Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, bangsa, agama, semua dibantu tanpa memikirkan diri sendiri.Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya.

Dinasti Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Dinasti Maharaja China yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat bela dirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya.


Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan jurus "Tendangan Tanpa Bayangan" yang legenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar dijumpai, dibangunkan dan merupakan tulang belakang dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).


Jika pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggeris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan bela dirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan jurus "Cakar Harimau" dan jurus "Sembilan Pukulan Khusus".


Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.Masyarakat Canton pernah menyaksikan secara langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana beliau seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap yang kejam di Canton yang mengeroyoknya kerana beliau membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai dugaan.Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia singkat.

Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sehingga kemudian beliau bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri.

Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri di kelas khusus perempuan di perguruan suaminya. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka.


Siapapun dan berapa jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
0 Komentar untuk "Siapa Sangka Pelakon Kung Fu ini Merupakan Ilmuan Dan Ulamak Di Negara China Yang Terkenal"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info