Polis Amerika Memang Kurang Ajar


Chicago: Gambar dua anggota polis berkulit putih memegang raifal dengan seorang lelaki kulit hitam yang dipasang tanduk seperti haiwan yang diburu, disiarkan mahkamah Illinois.

Menurut laporan Chicago Tribune semalam, Lembaga Polis Chicago memecat Detektif Timothy McDermott kerana gambar itu, Oktober lalu.

McDermott memfailkan saman tetapi ditolak mahkamah manakala peguamnya memohon gambar berkenaan tidak disiarkan kepada umum.

Seorang lagi anggota polis dalam gambar itu, Jerome Finnigan yang dihukum penjara 12 tahun kerana jenayah pecah masuk rumah dan rompakan. Bagaimanapun, identiti lelaki kulit hitam itu tidak diketahui.

Penyiaran gambar berkenaan memburukkan keadaan serta menjejaskan imej polis Amerika Syarikat yang dikecam kerana memberi layan buruk kepada penduduk kulit hitam, termasuk kes polis menembak mati lelaki kulit hitam tidak bersenjata di Ferguson, Missouri dan New York sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Lembaga Polis Chicago gambar berkenaan dirakam antara Oktober 1999 dan Julai 2003. - Reuters
0 Komentar untuk "Polis Amerika Memang Kurang Ajar"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info