Lelaki Di Kedah Bakar Motor Kerana Mendengar Suara Ghaib Yang Menyuruh Melakukannya

Jitra: Seorang lelaki berusia 40-an bertindak di luar kawalan apabila membakar motosikal Modenas Kriss sehingga mengakibatkan rumah pusakanya di Kampung Padang Luar, Jalan Wang Tepus, di sini, turut dijilat api dalam kebakaran itu selepas mendakwa mendengar suara ghaib mengarahkannya melakukan perbuatan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam kelmarin, lelaki terbabit yang bekerja di pusat cuci kereta bertindak membakar kediaman itu bersama motosikalnya sebelum melarikan diri ke rumah jirannya yang tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari sepupunya, Mohd Tajuri Saidin, 49, yang baru pulang daripada kerja sejurus melihat api sedang marak dan terus menghubungi pihak bomba.

Mohd Tajuri berkata, dia yang melihat rumah pusaka berkenaan terbakar terkejut apabila dimaklumkan sepupunya bahawa dia yang membakar rumah itu.

“Akibat bimbang kejadian lebih teruk berlaku, saya kemudian menghubungi pihak bomba dan polis sebelum meminta bantuan orang kampung memadamkan kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam
0 Komentar untuk "Lelaki Di Kedah Bakar Motor Kerana Mendengar Suara Ghaib Yang Menyuruh Melakukannya"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info