kumpulan militan Negara Islam (IS) Bertekad Menyerang Singapura

Singapura: Satu kenyataan di laman sosial milik kumpulan militan Negara Islam (IS) menunjukkan Singapura kemungkinan menjadi sasaran serangan kumpulan itu, kata satu laporan baru-baru ini.

Penganalisis dari Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam, Jasminder Singh memberitahu, penyokong IS dari rantau ini juga menyebut Filipina dan Amerika Syarikat (AS) sebagai antara sasaran mereka.

Perkembangan terbaru itu diperoleh ketika pihak berkuasa Malaysia pada bulan lalu menangkap sekumpulan lelaki dipercayai merancang serangan bom di negara itu.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura pada Rabu lalu memberitahu, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana merancang menyertai IS di Syria dan merancang serangan di sini.

Ini bukan kali pertama, Singapura dijadikan sasaran oleh kumpulan radikal.

Pada tahun lalu sebuah majalah milik militan, Resurgence menyiarkan artikel mengenai cara militan boleh menyerang Phillip Channel dan pangkalan tentera laut Sembawang dari laut.

Ancaman serangan IS terhadap negara di rantau ini semakin meningkat selepas satu unit yang dianggotai militan dari rantau ini ditubuhkan di Syria, tahun lalu.

Menurut laporan itu lagi, terdapat seramai 700 militan dari Indonesia dan lebih 200 dari Malaysia menyertai IS di Syria dan Iraq. - Agensi
0 Komentar untuk "kumpulan militan Negara Islam (IS) Bertekad Menyerang Singapura"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info