Datuk Bandar Gesa Perancis Haramkan Agama Islam

BIADAP dan tidak bertamadun! Datuk Bandar Venelles yang terletak di selatan Perancis tegar menggesa negara tersebut mewujudkan undang-undang mengharamkan ajaran Islam di sana.

Melalui status di laman mikro Twitter peribadinya, Robert Chardon menulis, “Kita mesti mengharamkan Islam diamalkan di Perancis.”

Dia turut menggesa supaya umat Islam yang menetap di negara itu dihantar ke negara yang mengamalkan ajaran Islam.

Bukan itu sahaja, Chardon turut optimis bahawa menjelang 2027, Perancis akan menguatkuasakan pengharaman Islam walaupun tidak menyatakan secara jelas bagaimana ia boleh dilaksana.

Dalam satu temuramahnya dengan sebuah akhbar di sana, Chardon berkata, cara tersebut merupakan satu-satunya jalan kepada masalah di Perancis.

Walau bagaimanapun, parti yang dinaunginya, Union For A Popular Movement, dilaporkan bakal memecatnya berikutan kenyataan kontroversi tersebut.

Awal tahun ini, satu serangan telah dilakukan terhadap akhbar satira Charlie Hebdo sehingga menyebabkan kematian 12 individu.

Ia dipercayai dilakukan beberapa individu beragama Islam setelah akhbar tersebut acapkali menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan menerbitkannya dalam karikatur.

– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Datuk Bandar Gesa Perancis Haramkan Agama Islam"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info