( VIDEO) Wanita Non Muslim Ini Sangat Berani..Petahankan Pasangan Muslim Di Hina Dalam Tren

SEORANG wanita kulit putih wajar dipuji atas keberaniannya bangkit mempertahankan pasangan Muslim yang dihina seorang penumpang lain di dalam sebuah tren di Australia.

Stacey Eden, 23, yang menjadi saksi kepada tohmahan kasar dibuat seorang wanita tua bangkit membetulkan stigma salah terhadap Islam dalam satu insiden dalam tren dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Menurut Stacey, wanita tua itu mendakwa pasangan Muslim terbabit merupakan penyokong kumpulan militan ISIS hanya kerana berhijab.Menerusi video dirakam, Stacey yang tidak berpuas hati kelihatan mempersoalkan wanita tua itu apa kaitannya ISIS dengan pasangan Muslim terbabit.

Apabila dia berkata tiada apa-apa maka jelaslah tiada isu yang perlu ditimbulkan dan Stacey dengan segera menyuruh wanita itu diam sekiranya tak ada benda baik ingin diperkatakan.

Sikap Stacey yang bangkit menentang sikap Islamophobia ini wajar ditabik apatah lagi apabila dia tidak sama agama mahupun bangsa dengan pasangan terbabit.

Malah untuk menjadi seperti Stacey bukan sahaja keberanian diperlukan tetapi pengetahuan am yang baik.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYFQAKHIR
0 Komentar untuk "( VIDEO) Wanita Non Muslim Ini Sangat Berani..Petahankan Pasangan Muslim Di Hina Dalam Tren"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info