( VIDEO ) Pergaduhan Kanak-Kanak Yang Semakin Brutal

Video Pergaduhan Kanak-Kanak Zaman Kini. Aksinya Sungguh kejam. Pertengkaran Kecil yang akhirnya menjadi Pergaduhan Comel adalah lumrah dalam hidup kanak-kanak lelaki. Puncanya mungkin sangat biasa seperti Diejek Kawan atau Berebut Mainan.

Kebiasaanya Tindakan Bergaduh kanak-kanak Sekolah tidak lama. Selepas seminit dua berlangsung, pergaduhan akan segera berakhir. Selalunya tiada kecederaan berlaku. Mungkin ada yang menangis atau merajuk untuk seketika tetapi 10 minit kemudian mereka akan bersahabat baik kembali lalu bermain bersama-sama seperti sediakala.

Namun tidak seperti Video Pergaduhan Dua Kanak-Kanak Lelaki ini. Apabila ada pihak ketiga yang merakam aksi pergaduhan tersebut umpama ia satu Hiburan Jenaka. Sudah tentu ia sesuatu yang melampau batasannya. Dari rakaman video jelas kedengaran suara Pengulas Batu Api yang membakar semangat kebencian, melaga-lagakan kanak-kanak tersebut agar Aksi Pergaduhan Lebih Dramatik. Sejujurnya, bakat mengulas amat baik (4 Bintang), malangnya tempat tidak sesuai.


Sepanjang video tersebut, rakan-rakan disekeliling tidak henti melemparkan kata-kata menyakitkan hati. Sudah tentu Hati semakin berapi. Tidak kisahlah Video ini berlaku di Malaysia atau Indonesia atau di mana-mana sekalipun. Niat di hati untuk menyedarkan hakikat sebenar yang berlaku hari ini. Cuba tonton sendiri Video Pergaduhan Kanak-Kanak Semakin kejam ini.


Kanak-kanak zaman sekarang nampaknya tidak seperti dahulu lagi. Jiwa mereka tidak selembut kanak-kanak dahulu. Seakan-akan wujudnya permusuhan yang panjang dan dendam kebencian yang amat dalam. Nampaknya pergaduhan kanak-kanak sekarang tidak secomel pergaduhan saya dan rakan-rakan di zaman kanak-kanak dulu.- Hootoh Tudia.


Sungguh mengejutkan bila terdengar jeritan Kelewang dalam Video Aksi Pergaduhan Dua Budak Sekolah itu. Melihat mereka menggunakan Batu Bata dan Botol Kaca sebagai Senjata mengubah spesifikasi dari Pergaduhan Comel kepada Pergaduhan Brutal (18SG). Ini bukan lagi pergaduhan beradu kekuatan yang biasa.


Jiwa Kanak-kanak Sekarang Tidak Selembut Dahulu.Memang benar anak kecil semakin bijak. Bagaimanakah kanak-kanak seusia itu tahu menggunakan objek di sekeliling mereka seperti batu bata dan botol kaca sebagai senjata pergaduhan untuk pergaduhan. Saya tertanya-tanya, Apakah punca hingga timbul rasa marah melampau antara kanak-kanak tersebut. Seakan-akan wujudnya permusuhan yang panjang dan dendam kebencian yang amat dalam.


credit: gempak.org
0 Komentar untuk "( VIDEO ) Pergaduhan Kanak-Kanak Yang Semakin Brutal"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info