( VIDEO ) Lintah Gergasi Sedut Darah Menjadi Viral

Sebuah klip video menjadi viral dan bualan hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu yang menunjukkan seekor lintah gergasi yang melekat pada lengan pemiliknya sambil menikmati makan malamnya.

Seorang warga jepun memelihara lintah gergasi, makhluk penghisap darah yang kebiasaannya boleh di jumpai di kawasan berpaya. Ramai yang menganggap makhluk ini sesuatu yang menjijikkan dan menyeramkan, tetapi tidak bagi beliau yang memliharanya di dalam rumahnya dan membenarkan lintah tersebut menghisap darah-Nya juga.

Rawatan menggunakan lintah kini banyak digunakan untuk tujuan perubatan, seperti pembedahan plastik dan pembedahan rekonstruktif yang menghalang darah daripada pembekuan, tetapi sanggupkah anda sekiranya lintah sebesar itu di biarkan menghisap darah anda?
0 Komentar untuk "( VIDEO ) Lintah Gergasi Sedut Darah Menjadi Viral"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info