Tukang Sapu Terkejut Jumpa Mumia Berusia 900 Tahun

Trujillo (Peru) Seorang tukang sapu yang bimbang mayat yang ditemuinya mangsa pembunuhan sebenarnya mumia yang berusia menjangkau 900 tahun.

Mumia itu yang dipercayai wujud sejak tahun 1,100, ditemui tukang sapu berkenaan di barat laut Peru dalam keadaan terikat dan diletakkan dalam kotak di depan di bandar Trujillo.

Pihak berkuasa percaya mumia terbabit dicuri dari kawasan arkeologi di Chan Chan yang pernah menjadi ibu negara Empayar Chimu.Empayar itu wujud di kawasan pantai Peru sekitar 1100.

Tukang sapu, Otilio Padilla Miramontes, 54, berkata: “Ia kelihatan seperti kotak biasa yang dibuang di jalan raya. Saya menemuinya awal pagi ketika menyapu jalan raya di Trujillo.
0 Komentar untuk "Tukang Sapu Terkejut Jumpa Mumia Berusia 900 Tahun"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info