Tidak percaya Najib bermakna tidak percaya Allah kata Ismail Sabri

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob dilapor mengaitkan sumpah yang dibuat oleh Najib sebagai sama tahap dengan keimanan (kepercayaan) kepada Allah.

Sebuah gambar keratan akhbar berhubung perkara itu‎ tersebar dengan meluasnya di laman sosial seperti facebook dan twitter.
Begitu mudah menteri ini membuat kesimpulan sekiranya orang ramai tidak percaya kepada sumpah yang dibuat oleh Najib, bermakna orang itu tidak percaya kepada Allah. Dalam bahasa ringkasnya, tidak percaya Najib, bermakna tidak percaya Allah.

Sumpah seseorang bergantung kepada taqwanya kepada Allah, jika seseorang itu tiada taqwa (takut) kepada Allah bila-bila sahaja dia boleh melakukan sumpah palsu meskipun menyebut nama Allah di dalam sumpahnya. Sedangkan nilai taqwa setiap orang hanya Allah yang ‎mengetahuinya.

Tambah lagi, Al-Quran sendiri telah menegas serta menggariskan bahawa suka bersumpah merupakan ciri orang munafik.

Mereka itu (orang-orang munafik) menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan‎ — Surah Al-Munafiqun ayat 2.

‎"Ini namanya jual agama demi sokongan politik"

sumber:http://milosuam.blogspot.com/
6 Komentar untuk "Tidak percaya Najib bermakna tidak percaya Allah kata Ismail Sabri"

Dalil terbaru dari kitab mana pulak ni wahai pak menteri?

Agar kita tidak jatuh dlm kategori insan yg memfitnah..eloklah kita lihat dan dengar kenyataan yb menteri sepenuhnya dan dlm konteks yg bagaimana..

Agar kita tidak jatuh dlm kategori insan yg memfitnah..eloklah kita lihat dan dengar kenyataan yb menteri sepenuhnya dan dlm konteks yg bagaimana..

Insaf dan bertaubatlah, janganlah mengeluarkan kenyataan yg tak logik kerana nak mengampu

muakakakakakakaka.... gile betui depa nih skang... emmm tp aku nk wat research dlu.. media sekarang nih belah kanan ke... belah kiri kerr... dua-dua x boleh pakai n caye skang nih...

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info