Shah Alam Tempat Penjualan Patung S3KS Secara Terbuka

Shah Alam: Penjualan barangan berbentuk seks dan lucah secara terbuka masih berleluasa dalam kalangan beberapa pemilik premis di sekitar negeri ini berikutan barangan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan terutama remaja.

Disebabkan itu, sepasukan anggota dan pegawai penguat kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran (PQ) Selangor, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan serbuan di sebuah pasar raya di Bandar Utama, Damansara.

Hasilnya, mereka merampas 150 unit barangan penerbitan seperti baju, patung, pad tetikus, buku dan poster yang mempunyai unsur lucah selain 80 helai pakaian serta aksesori mempunyai lambang daun ganja dengan nilai keseluruhan RM14,234.20.Ketua Unit Penguat Kuasa KDN Selangor Mohamad Hashim Kamaruddin berkata, serbuan dilakukan pada Selasa lalu jam 11 pagi dengan kerjasama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga premis perniagaan berkenaan mendapati mereka menjual patung dan baju lucah secara terbuka kepada pelanggan."Kami juga mendapati mereka menjual baju, beg, rantai, dan aksesori lain yang memaparkan logo pakalolo atau lebih dikenali sebagai daun ganja yang dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984)," katanya pada sidang media di Pejabat KDN, di sini, semalam.

Menurutnya, barangan berbaur lucah berkenaan memang mendapat sambutan hangat dalam kalangan remaja dan perkara itu mendorong peniaga berkenaan berani menjualnya secara terbuka."Mereka masih berdegil melakukan kesalahan ini walaupun premis pernah diserbu dan diberi amaran sebelum ini. Justeru, kami merampas barang dagangan mereka mengikut peruntukan Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar bahan penerbitan diharamkan kerajaan.

"Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya manakala bahan yang dirampas itu akan diambil tindakan mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Akhbar ini pada 25 Mac lalu melaporkan patung mainan wanita bogel dan separuh bogel dijual secara terbuka di kompleks beli-belah sekitar ibu kota hingga menimbulkan tanda tanya orang ramai berhubung kesannya kepada moral masyarakat, terutama remaja dan kanak-kanak.Patung koleksi khas itu bukan saja diminati kanak-kanak, tetapi juga menjadi buruan golongan lelaki dewasa yang sanggup berhabis wang untuk memilikinya.
0 Komentar untuk "Shah Alam Tempat Penjualan Patung S3KS Secara Terbuka"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info