Reaksi Tauke Jambu Apabila Dituduh Pelawak GILA S3kS Minta Gambar B0GEL Wanita

Pelawak dan pelakon Tauke Jambu bengang apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi pelawak tidak senonoh yang sedang hangat diperkatakan kini. 

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata dia kesal apabila ada sesetengah pihak yang terus menuding jari kepadanya sebaik kontroversi pelawak hidung belang didedahkan baru-baru ini. 

"Tuduhan tersebut amat berat. Saya mencari rezeki halal dan penting buat saya untuk menjaga periuk nasi dan nama baik saya.

"Hentikan fitnah dan berkata sesuatu tanpa bukti kukuh. Saya juga ingin menasihatkan individu yang suka menuduh secara melulu itu, baca artikel atau berita yang ditulis sehingga habis...Bukan sekadar melihat pada tajuknya sahajanya," katanya kepada Astro Gempak. 

Jelas Tauke lagi, mungkin kerana sering dikaitkan dengan cerita-cerita kontroversi sebelum ini menyebabkan dirinya sering dipandang negatif. 

"Saya tidak mahu komen lagi tentang perkara ini...Cuma saya minta pelawak terlibat supaya hentikan perbuatannya itu. 

"Inilah yang dikatakan 'Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getah'," ujarnya ringkas. 

Tauke ditemui ketika majlis previu filem terbaru lakonannya berjudul, Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC, Nu Sentral. 

Sebelum ini, portal Berita Harian Online mendedahkan mengenai pelawak kasanova yang memerangkap wanita dengan ayat-ayat manisnya selain meminta foto lucah dan menghantar mesej tidak senonoh.

0 Komentar untuk "Reaksi Tauke Jambu Apabila Dituduh Pelawak GILA S3kS Minta Gambar B0GEL Wanita"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info