Punca Pekerja KFC Taman Putra Tunjuk Isyarat Luc@h Terjawab

Video seorang pekerja wanita KFC menunjuk isyarat lu-cah tersebar di laman Facebook sejak 14 jam yang lalu dan telah mendapat 2,521 shares di laman berkenaan.Insiden terbabit berjaya dirakam oleh pelanggan premis makanan segera itu dan dimuat naik oleh laman Facebook komuniti Cina.

Difahamkan, seramai 15 atau 20 orang pelajar sekolah berkunjung ke KFC Taman Putra untuk makan tengah hari.Oleh kerana jumlah mereka terlalu ramai, mereka mencadangkan agar kerusi dan meja digabungkan supaya mereka boleh duduk bersebelahan masing-masing.

Salah seorang daripada pelajar terbabit meminta pekerja KFC berkenaan mengemaskan satu meja yang masih terdapat saki baki makanan pelanggan terdahulu agar mereka dapat mengabungkan meja seperti yang diinginkan.

Namun, wanita itu tidak membenarkan pelajar terbabit mengabungkan meja-meja itu atas sebab akan menghalang laluan serta akan membawa kepada pelanggan yang lain juga turut berbuat demikian."Takkan dia nak biarkan kami duduk berasingan? 4 orang semeja ?," kata pelajar terbabit.

Mereka tetap mahu mengabungkan meja-meja tersebut dan tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu berkata,"Lebih baik awak semua makan di luar,".

Kata-katanya membuatkan para pelajar terbabit terkejut dan tidak menyangka mereka sebagai pelanggan diperlakukan seperti itu."Patutkah dia berkata seperti itu kepada pelanggan? Bila diminta mengemaskan meja, muka masam mencuka dan nampak sangat tak selesa dengan kehadiran kami," luah pelajar berkenaan.

Akan tetapi, para pelajar terbabit tidak berkecil hati dengan pekerja terbabit dan beranggapan mungkin wanita berkenaan tertekan dengan kerja atau perkara lain.Keadaan bertambah buruk apabila wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video mereka.

"Kami dah mula rasa pelik. Dia pandang dan jeling ke arah kami. Dan semasa makan, tiba-tiba terdengar bunyi shutter click dari arah dia (pekerja KFC) yang sedang merakam gambar / video kami."Kami hanya datang untuk makan, apa salah kami ?," kata salah seorang pelajar berkenaan.



Pekerja KFC Taman Putra
Pekerja KFC Tunjuk Isyarat LucahLaporan penuh kejadian - http://goo.gl/PbYYXkMore: #MediaVids
Posted by My Media Hub on Monday, April 27, 2015

Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar berkenaan juga turut mengeluarkan telefon bimbitnya merakam gambar / video wanita itu.Menyedari dirinya dirakam oleh pelajar berkenaan, wanita itu segera meninggalkan tempat itu dan menunjukkan isyarat lu-cah 'terhadap sekumpulan pelajar itu.

"Sikap biadapnya kami boleh terima. Tetapi menunjukkan isyarat lu-cah? Bagaimana KFC ambil pekerja mereka? Kami hanya pelajar sekolah, bukannya beli minuman berkarbonat dan lepak di KFC untuk 3 4 jam. Kami berbelanja untuk makan di sini," katanya yang juga mahu KFC mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit.

* Tudung sekarang banyak murah


credit artikel : http://aans1.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Punca Pekerja KFC Taman Putra Tunjuk Isyarat Luc@h Terjawab "

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info