Pulau Sentinel Sebuah Pulau Misteri Yang Dihuni Manusia Pelik


Terletak di Teluk Benggala, India, dan termasuk gugusan Kepulauan Andaman yang merupakan wilayah India, terdapat sebuah pulau bernama Sentinel.

Gambaran Keseluruhan pulau ini kelihatan seperti sebuah pulau "syurga tropika". Namun, ternyata pulau ini dianggap sebagai salah satu pulau yang paling sukar dikunjungi manusia.

Pulau yang berukuran sebesar pulau Manhattan, New York, itu dihuni komuniti penduduk asli yang sudah menduduki pulau tersebut selama 60,000 tahun. Selama itu pula suku Sentinel menolak pemodenan dan selalu respons kehadiran orang luar dengan keganasan.
Malah, direkodkan suku Sentinel telah dua kali membunuh orang pada 2006, ketika mereka datang mencari ikan di perairan Pulau Sentinel Utara.

Tak hanya itu, penduduk asli pulau tersebut kerap melemparkan batu dan melepaskan anak panah ke arah helikopter atau pesawat terbang yang terbang rendah untuk melihat-lihat pulau tersebut.

Keadaan inilah yang menyebabkan maklumat yang berkaitan pulau ini sangat minimum dan sejumlah foto yang dihasilkan tak lebih daripada beberapa gambar yang berkualiti rendah.
 Begitu berbahaya suku asli Pulau Sentinel, Kerajaan Hindia bahkan mengkriminalkan siapa pun yang cuba membuat hubungan dengan penghuni Pulau Sentinel. Malah, kerajaan India menyatakan haram berada dalam jarak tiga batu daripada pulau itu.

Namun, meski ada larangan kuat daripada Kerajaan India, hal itu tak menghalang para nelayan atau orang luar yang cuba masuk ke pulau itu.

Organisasi Survival International, yang melakukan advokasi hak-hak suku-suku terasing, mendakwa para nelayan tempatan kerap memasuki kawasan pulau itu, walaupun beberapa daripada mereka sempat mendarat di pulau itu sebelum ditahan pegawai keselamatan.
Pengarah Survival International Stephen bimbang masa depan suku asli Pulau Sentinel akan terancam.
 "Suku-suku Kepulauan Andaman Besar telah berkurang jumlahnya akibat penyakit yang dibawa penjajah Inggeris ke kepulauan itu pada 1800-an," ujar Corry.

"Suku terakhir yang pupus adalah suku Bo, yang anggota terakhirnya meninggal dunia empat tahun lalu," tambah Corry."Satu-satunya cara kerajaan Kepulauan Andaman mencegah terjadinya lagi kepupusan suku adalah memastikan Pulau Sentinel Utara terlindung daripada dunia luar," kata Corry
0 Komentar untuk "Pulau Sentinel Sebuah Pulau Misteri Yang Dihuni Manusia Pelik "

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info