Pencarum KWSP diminta segera daftar i-Akaun Jika Mahu Keluarkan Wang Simpanan Pada Usia 55 Tahun

KUALA LUMPUR 21 April – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta ahli yang belum memiliki i-Akaun segera membuat pendaftaran dalam tempoh dua minggu ini bagi menyertai tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai empat inisiatif penambahbaikan skim persaraan.

Menurut jurucakap KWSP, ada tiga cara untuk mendaftar i-Akaun iaitu dengan terlebih dahulu mendapatkan ‘Kod Pengaktifan’ menerusi kios-kios KWSP atau kaunter di cawangan-cawangan di seluruh negara.

Selain itu, ‘Kod Pengaktifan’ boleh diperoleh dengan menghubungi pusat panggilan pelanggan di nombor 03-89226000 yang mana kod pengaktifan i-Akaun dihantar akan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Jelas jurucakap tersebut, tiga kaedah itu sudah memadai untuk membantu pencarum di bandar dan di luar bandar membuat pendaftaran i-Akaun kerana proses pendaftarannya sangat mudah dan tidak mengelirukan.

“Kita memahami setakat ini hanya 1.43 juta pencarum memiliki i-Akaun dan majoriti daripada pencarum tidak memiliki akaun tersebut.

“Namun, kami memohon supaya pencarum-pencarum yang belum mendaftar supaya segera membuat pendaftaran bagi menjelaskan pendirian mereka menerusi tinjauan kaji selidik tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
0 Komentar untuk "Pencarum KWSP diminta segera daftar i-Akaun Jika Mahu Keluarkan Wang Simpanan Pada Usia 55 Tahun"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info