Pelajar Tingkatan Satu DIPERK0SA Selepas Pulang Tuisyen

Kajang: Misteri kehilangan pelajar perempuan tingkatan satu yang didapati ‘ghaib’ sejurus pulang dari kelas tuisyen terjawab apabila mangsa disorok dan diperkosa teman lelaki di sebuah hotel murah.

Mangsa yang berusia 13 tahun didakwa gagal pulang ke rumahnya selepas tamat kelas tambahan di bandar Kajang jam 10 malam Rabu lalu.

Pelajar tingkatan satu itu dipercayai termakan pujuk rayu suspek yang baru dikenali di kedai menjual telefon bimbit di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bapa mangsa mula cemas selepas anaknya tidak pulang ke rumah dengan menaiki van seperti kebiasaannya.

“Bapa mangsa yang risau dengan kejadian itu cuba menghubungi telefon bimbit mangsa, namun gagal.

“Dia kemudian berusaha mencari anaknya di merata lokasi termasuk rumah rakan mangsa,” katanya.

pilihan-anda.blogspot.com
1 Komentar untuk "Pelajar Tingkatan Satu DIPERK0SA Selepas Pulang Tuisyen"

gimana caranya gan , biar bisa dapat visitor begitu banyak dan yang online 802 ?

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info