Pekerja Jalanan Menemui Telur Dinosaur Berusia 65 Juta Tahun

pekerja yang sedang memperbaiki jalan di bandar Heyuan, wilayah Guangdong, China, menemui puluhan telur dinosaur semasa sedang bekerja.Penemuan sebanyak 43 butir telur, 19 di antaranya masih utuh, yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Arkeologi setempat yang terus hadir ke lokasi.

 Setelah diteliti, ke-43 telur itu dianggarkan berusia 65 juta tahun hingga 230 juta tahun, daripada zaman Mesozoic, semasa haiwan-haiwan besar seperti Tyrannosaurus menguasai Bumi.

Ahli arkeologi Du Yuanli, yang menguruskan muzium tempatan, mengatakan bahawa puluhan telur itu berasal daripada 14 jenis fosil berbeza. Telur yang terbesar mempunyai diameter 13 sentimeter. Kini, puluhan telur purba itu tengah diteliti untuk memastikan usia dan spesies di telur-telur itu.

"Telur-telur itu dijumpai di atas batu pasir merah, sebuah persekitaran tempat telur-telur dinosaur banyak ditemui," kata Yuanli.
"Penelitian lebih lanjut terhadap fosil-fosil telur itu akan dilakukan untuk menentukan spesies pada telur-telur tersebut," tambah Yuanli.

Bandar Heyuan dikenali sebagai sebuah "titik panas" fosil dinosaur. Fosil dinosaur, tulang-tulang, jejak kaki, dan puluhan telur dinosaur kerap ditemui di pelbagai lokasi di bandar itu.

Yuanli meminta para penduduk dan pekerja untuk waspada jika mereka menemui semula fosil haiwan purba atau telur purba. Dia meminta mereka segera melaporkan penemuan mereka kepada kerajaan.

Pada 2004, Muzium Fosil Dinosaur Heyuan tercatat dalam buku rekod Guinness World Records kerana menyimpan koleksi telur dinosaur dengan jumlah terbesar di dunia, yakni 10.008 butir.
0 Komentar untuk "Pekerja Jalanan Menemui Telur Dinosaur Berusia 65 Juta Tahun "

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info