Lahir dengan Empat Tangan dan Kaki, Bayi Ini Dianggap Jelmaan Dewa Ganesha

Seorang bayi di India yang dilahirkan tak normal, dengan empat tangan dan empat kaki, mengundang ribuan orang datang melihatnya kerana menganggap bayi itu adalah jelmaan Dewa Ganesha.

Peristiwa ini berlaku di sebuah bandar kecil Dumri-Isri, negeri bahagian Jharkand, India. Keadaan bayi laki-laki yang belum diberi nama itu didakwa merupakan kembar siam yang tak berkembang penuh.


penduduk penganut Hindu India berbondong-bondong datang ke kediaman bayi itu untuk merayakan kelahirannya. Mereka yakin bayi tersebut adalah penjelmaan semula salah satu dewa dalam agama Hindu, Ganesha.

Ganesha adalah salah satu dewa yang paling banyak disembah dalam agama Hindu yang digambarkan berkepala gajah dan mempunyai empat tangan.

Salah seorang penduduk yang datang melihat kelahiran bayi itu adalah Kuntalesh Pandey. Dia mengaku datang dari kampung yang berjarak 115 kilometer dari bandar tempat kelahiran bayi tersebut.


"Apabila seorang kawan menghantar foto bayi itu kepada saya, awalnya saya mengira foto itu adalah hasil daripada edit. Namun, beliau memastikan bahawa foto itu asli dan saya terus datang untuk melihatnya," ujar Pandey.

Ini bukan kali pertama seorang bayi yang dilahirkan dalam keadaan tak normal justru diyakini umat Hindu India sebagai jelmaan salah satu dewa.

Tahun lalu, seorang budak laki-laki yang mempunyai ekor sepanjang 18 sentimeter juga dianggap penduduk sekitar sebagai jelmaan dewa kera Hanuman. Meski demikian, budak bernama Arshid Ali Khan (13) tersebut akhirnya memutuskan untuk membuang ekornya itu.


0 Komentar untuk "Lahir dengan Empat Tangan dan Kaki, Bayi Ini Dianggap Jelmaan Dewa Ganesha"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info