Ibu Masih Berpakain SEKSI Di Usia 50an

Ibu saya mencecah usia 50-an tetapi masih berlagak muda dengan mengenakan pakaian menjolok mata. Ibu berpenampilan sedemikian untuk menarik perhatian sang pria. Statusnya sebagai ibu tunggal menyebabkan lebih banyak umpatan orang terhadapnya.

Sebenarnya, ibu saya baik dan dia sunyi selepas ditinggalkan bapa lebih 15 tahun dulu. Bapa ada wanita lain dan tinggalkan ibu seperti digantung tak bertali hampir lapan tahun.

Ibu saya berdikit-dikit berniaga kerana sebelum itu dia suri rumah. Lama-kelamaan, penampilan dia berubah dan mula mengenakan pakaian yang kurang sesuai dengan umurnya. Saya serba salah untuk menegur kerana dia banyak berkorban untuk saya dan adik.

Cuma saya mahu ibu mengenakan pakaian sesuai supaya dia lebih dihormati dalam kalangan penduduk flat kami. Bantulah saya Dang Setia. Saya simpati dan malu.


ARI, Balik Pulau, Pulau Pinang

Dang Setia memahami saudara keliru persimpangan di antara perasaan malu dan kasihkan ibu, menyebabkan saudara teragak-agak untuk menegur ibu.Namun saudara perlu sedar keutamaan selaku anak dan perlu berusaha menjaga air muka ibu supaya terus tidak menjadi umpatan orang.

Pada Dang Setia, bermula dengan niat baik mahu ibu berubah ke arah kebaikan boleh membantu saudara yakin dengan cara menegur ibu jalan terbaik. Bukan saja menghentikan umpatan, malah kebimbangan saudara iaitu ibu mendapat pasangan tidak baik dapat dihindari.

Cara berpakaian boleh membuatkan seseorang mempunyai tanggapan buruk. Justeru, saudara perlu buang perasaan takut untuk menegur ibu dengan menganggap itu jalan terbaik bagi menunjukkan saudara sayang terhadapnya.

Mulakan dengan menyatakan rasa bimbang dan sedih saudara supaya ibu faham keikhlasan saudara untuk membantunya.

Selain itu, mungkin hadiahkan pakaian bersesuaian yang dapat membantu ibu memahami sedikit semi sedikit permintaan saudara untuk dirinya berubah.
0 Komentar untuk "Ibu Masih Berpakain SEKSI Di Usia 50an "

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info