Enam Penjelasan Tentang Misteri Segitiga Bermuda Yang Tidak Pernah Di rungkai

Sejak lama kawasan Segitiga Bermuda menjadi misteri atas kehilangan ratusan kapal dan pesawat yang melintas pada atasnya. Kawasan ini meliputi kawasan yang diantara tiga pulau iaitu Bermuda, Miami, dan San Juan. Hingga kini misteri hilangnya kapal semasa melintas pada atas wilayah Segitiga Bermuda ini belum juga dapat dijelaskan

Banyak teori yang telah dikongsikan pada masyarakat penyebab dari hilangnya kapal-kapal tersebut yang semuanya berkaitan dengan kisah ghaib. Namun beberapa saintis ada yang menjelaskan secara logik kemungkinan penyebab hilangnya kapal-kapal tersebut. Berikut kami rangkum 6 penjelasan tentang misteri Segitiga Bermuda.


1. Pulau Atlantis yang Tenggelam

Teori ini dikembangkan oleh Plato di mana ia mengatakan jika di bawah Segitiga Bermuda terdapat pulau legendari yang hilang dari muka bumi iaitu Atlantis. Peradaban Atlantis telah berkembang sejak 9,600 tahun sebelum Masihi dan dianggap sebagai peradaban paling maju di dunia dalam segala bidang termasuk teknologi dan senibina.


Pulau ini didakwa tenggelam selepas t malapetaka dahsyat namun berkat kemajuan teknologinya diyakini bahawa penduduk pulau Atlantis tetap hidup di dasar laut. Teori ini mengatakan jika dengan kemajuan teknologinya, penduduk Atlantis mampu membuat pulaunya tidak hancur dan karam sehingga mereka dan keturunannya diyakini masih hidup di dasar lautan di kawasan Segitiga Bermuda. Teori ini juga meyakini bahawa hilangnya kapal-kapal semasa melintas di atas Segitiga Bermuda juga akibat dari teknologi penduduk Atlantis.


2. Adanya Lubang Cacing

Ini berkaitan dengan teori relativiti Einstein yang mengatakan bahawa ruang dan waktu bergabung membentuk suatu kesatuan dan segala sesuatu di alam semesta bergabung membentu satu kesatuan tersebut. Dengan kata lain ada semacam lubang cacing di kawasan Segitiga Bermuda yang membuat apa saja yang berada di sana tertarik oleh lubang cacing yang bertindak sebagai Teleporter menuju dimensi lain.

Ada lagi cerita mengejutkan dari seorang juruterbang untuk pesawat kedua yang menceritakan kisahnya. Ia sedang disewa untuk bercuti ke Grand Turk melalui Segitiga Bermuda. Grand Turk merupakan kawasan yang padat penduduk namun ia keliru setelah sampai di pulau tersebut, dia tidak nampak tanda-tanda kehidupan yang ada hanya hutan dan pantai. Ini membuktikan bahawa ia telah melalui lubang cacing menuju masa lalu. Tetapi kebenaran tersebut masih terus diselidiki hingga kini.


3. Rumah Alien

Teori paling popular yang juga paling dipercaya hingga saat ini adalah adanya alien di pusat Segitiga Bermuda. Teori ini sangat menjadi viral kerana sokongan dari pelbagai filem yang menggambarkan betapa canggihnya dan pintarnya makhluk ini sehingga menjejaskan pendangan orang terhadap tokoh fiksyen sains ini.

Secara umum, teori mengenai kewujudan alien di Segitiga Bermuda berkaitan dengan tujuan para alien yang ingin mempelajari manusia. Mereka menculik apa saja yang melalui di atas kawasan ini dan menjadikannya bahan kajian. Dengan teknologinya yang jauh lebih maju dari manusia hal ini sangat mudah bagi alien untuk menangkap kapal-kapal serta pesawat yang melintas tanpa meninggalkan jejak apapun.


4. Penyimpangan Medan Elektromagnet

Secara sederhana teori ini dapat dijelaskan bahawa ada beberapa tempat di bumi di mana kompas tidak akan menunjuk arah utara. Hal ini disebabkan kerana adanya penyimpangan medan elektromagnet yang berlaku di kawasan tersebut. Penyimpangan ini pada akhirnya membuat kompas tidak dapat berfungsi dengan baik.

Teori inilah yang cuba diviralkan sebagai penyebab dari hilangnya kapal maupun pesawat yang melintas di atas wilayah Segitiga Bermuda. Mereka hilang arah kerana alat navigasi mereka yang tidak berfungsi sehingga ada kemungkinan pesawat maupun kapal-kapal yang hilang tersebut mengalami kemalangan.


5. Pusat Kejadian Ribut

Ada yang mengatakan jika Segitiga Bermuda adalah pusat dari munculnya ribut yang sangat besar dan tak terprediksi. Di zaman moden seperti ini badai akan mudah diramal beberapa hari bahkan minggu sebelumnya. Namun keadaan ini tidak berlaku di Segitiga Bermuda di mana badai boleh saja terjadi tanpa dapat diramalkan.

Taufan di dalam kawasan Segitiga Bermuda dianggarkan boleh mencapai kelajuan lebih dari 250 kilometer per jam. Dengan kelajuan angin seperti itu maka kapal besar dan kapal terbang akan dengan mudah disedut ke dalamnya dan menghilang tanpa kesan


6. Gelombang Yang Dahsyat

Sebelum ini hanyalah teori semata hingga akhirnya teori ini benar-benar terbukti tahun 1995. Teori ini menyatakan jika saat ribut terjadi di tengah laut dan gelombang bergabung menjadi satu maka akan tercipta gelombang laut sangat dahsyat. Dan ini terbukti pada tahun 1995 sebuah kapal pengerudi minyak milik Norway tenggelam akibat gelombang setinggi 30 meter menerjangnya.


Kemudian teori ini diteruskan untuk menjelaskan pelbagai misteri kehilangan kapal dan pesawat di Segitiga Bermuda yang nota bene dipercaya sebagai pusat terjadinya ribut. Dari situ dipercayai jika di kawasan bermuda ini sering terjadi gelombang besar yang mengakibatkan kapal-kapal tenggelam. Bahkan diramalkan di kawasan ini boleh mewujudkan gelombang setinggi 50 meter yang cukup untuk menenggelamkan pesawat yang terbang rendah.

Pelbagai teori silih berganti cuba menjelaskan misteri kehilangan kapal dan juga pesawat yang melintas di kawasan Segitiga Bermuda. Namun hingga kini belum ada satu teori pun yang benar-benar dipercayai menjadi penyebab hilangnya kapal tersebut. Kini Segitiga Bermuda tetap menjadi misteri yang tak dapat diselesaikan.
0 Komentar untuk "Enam Penjelasan Tentang Misteri Segitiga Bermuda Yang Tidak Pernah Di rungkai"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info