Budak Lapan Tahun Tertelan KONDOM Yang Di Jumpai Di Halaman Sekolah

Seorang budak laki-laki berusia lapan tahun telah dikejarkan ke hospital dan perlu menjalani ujian pelbagai penyakit setelah dia menemui kondom terpakai pada halaman sekolah lalu memasukkan kondom bekas itu ke mulutnya.

Budak yang tak disebutkan namanya itu perlu menjalani ujian pelbagai penyakit, seperti herpes, hepatitis C, chlamydia, serta pelbagai penyakit yang disebabkan virus dan jangkitan.

Budak itu menemui kondom bekas pada halaman sekolahnya dan menyangka objek itu adalah sebuah belon. Dia lalu memasukkan kondom bekas itu ke mulutnya dan cuba meniupnya.


Apabila melihat beliau, guru mengambil 'belon' itu daripada mulutnya. Setelah dilihat ternyata objek itu adalah sebuah kondom terpakai," kata ibu budak tersebut.

Berdasarkan media elektronik antara pihak sekolah dan ibu budak tersebut, diketahui bahawa guru membuang begitu saja kondom terpakai itu tanpa melalui pemeriksaan terlebih dahulu. Demikian dilaporkan stesen televisyen KMGH-TV.

Budak yang bersekolah pada SD Bennet, Colorado, itu kemungkinan besar perlu menjalani pelbagai ujian kesihatan secara rutin hingga beberapa tahun ke depan.


Ibu budak itu berkata, beliau mahu pihak sekolah membiayai siri ujian kesihatan itu sebagai bentuk pertanggungjawaban daripada pihak sekolah.

Namun, sejumlah pegawai kesihatan tempatan berkata, risiko budak itu dijangkiti penyakit daripada kondom terpakai itu sangat sedikit kerana kemungkinan besar kondom itu sudah berada pada halaman sekolah dalam masa yang lama.

Sekolah tersebut tak mempunyai kamera CCTV dan pagar sehingga setakat ini tidak diketahui orang yang membuang kondom terpakai tersebut ke halaman sekolah.
0 Komentar untuk "Budak Lapan Tahun Tertelan KONDOM Yang Di Jumpai Di Halaman Sekolah"

 
Copyright © 2014 Benci GST - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info